Sunday, November 30, 2025

𝐔𝐍𝐈-𝐌𝐋𝐂 𝐄𝐱𝐞𝐜𝐮𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐢𝐭𝐭𝐞𝐞 𝐌𝐞𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠- 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐔𝐧𝐢𝐭𝐲, 𝐒𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐫𝐢𝐭𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐩𝐚𝐫𝐞𝐧𝐭 & 𝐈𝐧𝐜𝐥𝐮𝐬𝐢𝐯𝐞 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬𝐡𝐢𝐩

 

On 29 November 2025, the UNI-MLC Executive Committee Meeting was held by the UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) together with affiliate union presidents, secretaries, UNI-MLC Executive Committee members and 70 leaders at Restoran Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

The meeting was chaired by Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC.
In his opening remarks, on behalf of UNI-MLC, he expressed his sincere appreciation to all committed members and leaders for their presence. He also acknowledged their dedication, contributions, and leadership in advancing UNI-MLC’s trade union and organising efforts across Malaysia. He emphasised that unity, solidarity, and collective commitment are vital to achieving the shared objectives of the Malaysian labour movement.

The meeting was fruitful and conducted smoothly through the impactful discussions focused on reinforcing transparent leadership, strengthening collaboration among affiliates, and reviewing strategic priorities for the upcoming term.

The gathering brought together the full UNI-MLC Executive Committee leadership and members, along with representatives from various sectors, demonstrating strong unity and shared responsibility. Their active participation enabled meaningful and powerful discussions, contributing to informed decision-making for the advancement of the trade union and labour movement.

We(UNI-MLC) firmly believe that the solidarity, support, collaboration, and mutual understanding among UNI-MLC Executive Committee leaders and members will continue to strengthen our collective efforts. We remain fully committed to building a stronger, united, and progressive trade union movement, and to advancing organising activities that safeguard and enhance the welfare of all workers in Malaysia.

In this meeting, UNI-MLC built their strong commitment to the Tripartite Relations and Policy to maintain the harmonious Industrial Relations nationwide. With the full solidarity support, leaders of UNI-MLC are determined to contribute to ensuring the progressive national policy and interest.

Read more...

Friday, November 28, 2025

Seminar Peranan Berkesatuan anjuran Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KSKSTMB) TV3 bersama Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad (KESTMB) TV3

 


Pada 27.11.2025. Bertempat di Huda’s Haven Resort,Batang Kali, Selangor. Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad ( KSKSTMB) TV3 bersama Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad ( KESTMB) TV3, telah mengadakan Seminar PERANAN BERKESATUAN 25 -27 November 2025. 

Ybhg Tuan Haji Mohd Asri Abdul Wahab Ketua Pengarah JHEKS & Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC telah dijemput hadir bagi menjadi tetamu di majlis Forum Pekerja dan Majlis Perasmian Penutup.


Datuk Mohamed Shafie BP Mammal mengucapkan Tahniah & Syabas kepada Sdra. Khairuzzaman Mohammad Presiden KSKSTMB serta Exco & Sdra. Mohd Hazreen Presiden KESTMB diatas kejayaan mengadakan Seminar ini.



Read more...

Thursday, November 27, 2025

Workshop Persediaan Rundingan Perjanjian Bersama bagi Kesatuan Pekerja-Pekerja Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd

 


Bertarikh 25 & 26 November bertempat di Hotel Capitol, Kuala Lumpur.

Satu workshop Persediaan Rundingan Perjanjian Bersama bagi Kesatuan Pekerja-Pekerja Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd telah diadakan. Program latihan yang dirangka bagi membantu kepimpinan dan wakil kesatuan pekerja memahami proses rundingan perjanjian bersama secara lebih teratur, profesional dan berkesan. Bengkel ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai strategi, teknik, serta pengetahuan perundangan yang diperlukan bagi memastikan kesatuan dapat mencapai hasil rundingan yang adil dan menguntungkan ahli-ahlinya.

Program ini dikelolakan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.

Diantara objektif program selama 2 hari ini adalah Memperkasa wakil kesatuan dengan pengetahuan menyeluruh tentang Perjanjian Bersama (Collective Agreement), Meningkatkan kemahiran rundingan melalui teknik yang terbukti berkesan, Memahami keperluan perundangan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan, Menyediakan tuntutan kesatuan secara berstruktur, profesional dan berasaskan data dan Mengukuhkan kerjasama dalam pasukan perunding agar selari dari segi strategi dan hala tuju.



On behalf of KPP Perodua Global Manufacturing, kami sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Uni-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal di atas perkongsian pengalaman, tatacara dan ilmu yang dikongsi. Walaupun jadual Datuk yang agak padat, masih berkesempatan memberikan taklimat, perkongsian dan ilmu yang bermanfaat. Terima kasih ⁨Datuk Shafie⁩ and Delegasi UNI-MLC Such an amazing experience and looking forward to meet you at another session. Once again, thank you very much!

Muhammad Amirul Hadi M. Zawawi
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja PRODUA GLOBAL
Manufacturing Sdn. Bhd.

Read more...

Wednesday, November 26, 2025

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐞-𝟏𝟑 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐭𝐨𝐦𝐨𝐛𝐢𝐥 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. (𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍) 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐭𝐨𝐦𝐨𝐛𝐢𝐥 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧. 𝐁𝐡𝐝. (𝐊𝐏𝐏𝐏𝐎𝐍𝐒𝐁)

 

Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Ke-13 diantara Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd - (PROTON) dan Kesatuan Pekerja Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd(KPPPONSB) telah diadakan Pada 25.11.2025 dibangunan Pentadbiran Tanjung Malim.

Majlis ini turut mencerminkan kesepakatan antara PROTON dan KPPPONSB dalam usaha mengekalkan hubungan perindustrian yang stabil serta menyokong perkembangan ekonomi syarikat. Ia juga mencerminkan semangat kerjasama dan persefahaman yang telah terjalin sejak sekian lama antara majikan dan pekerja.

Tuan Dr. Li Chunrong, Chief Excutive Officer dan Dr. Balasubramanian Pengarah JPP Perak telah menyaksikan majlis ini.

Hadir sama pada majlis menandatangani perjanjian ini adalah Tuan Hj Azzal bin Hj Abu Talib, Pengarah JHEKS Selangor & WP, Encik Chee Yeeh Ceeu, Pegawai Khas YBM KESUMA dan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.

Tahniah diucapkan kepada Ybrs Tuan Dr Kasuma Satria Bin Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd dan Sdr Mohd Azmi Bin Abu Bakar Presiden Kesatuan - KPPPONSB.



Read more...

Tuesday, November 25, 2025

Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil Bagi Kursus Membina Kepimpinan Peringkat Kedua - Kesatuan Kakitangan Eksekutif Industri Minuman Semenanjung Malaysia

 


Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil Bagi Kursus Membina Kepimpinan Peringkat Kedua - Kesatuan Kakitangan Eksekutif Industri Minuman Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 24.11.2025 di Hotel Capitol. Kuala Lumpur.

Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal Presiden UNI-MLC.

Turut hadir ialah Sdr. Rajamorganan Narunan SUA BIEU, Sdr Fuzailan Ehsan Yang Dipertua BIEU, Sdr Krishnan SUA KPPDPPDKS serta 50 orang anggota BIEU.



Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP