Thursday, August 7, 2025

DEBAT MALAYA PIALA MENTERI SUMBER MANUSIA 2025 SEMAI KESEDARAN PEKERJAAN DAN KESATUAN DI KALANGAN BELIA

 

Universiti Malaya, Kuala Lumpur | 6 Ogos 2025 (Rabu)

Majlis Penutup Pertandingan Debat Malaya Piala Menteri Sumber Manusia 2025 hari ini telah disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia. Pertandingan anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), dengan kerjasama Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) ini mencipta sejarah sebagai medan perbahasan ilmiah berkisar isu tenaga kerja dan kesatuan sekerja negara.

Pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 secara dalam talian disertai 21 pasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan 29 pasukan Sekolah Menengah. Empat pasukan terbaik bagi setiap kategori mara ke separuh akhir dan akhir yang berlangsung secara fizikal di Universiti Malaya. 

Bagi kategori Sekolah Menengah, Johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, manakala Johan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi disandang oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
 


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP