Wednesday, May 28, 2025

Majlis Anugerah Syarikat Harmoni 2025

 


Majlis Anugerah Syarikat Harmoni 2025 sempena IR NITE (National Industrial Harmony Tripartite Event): "Mencorak Keharmonian Perusahaan Masa Hadapan" dan Peluncuran Skor IHI Nasional anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia telah diadakan pada 27.5.2025 jam 7:00 malam di Impiana Hotel KLCC, KL.

YBhg Datuk Azman Bin Mohd Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Malaysia telah merasmikan majlis ini.

YBrs Tuan Khalid Bin Jali Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan ke majlis ini.


Read more...

Forum on “Strengthening Solidarity Support to Adopt the ILO Article 33 Resolution”

 



On 27th May 2025, A Joint Public Forum on “Strengthening Solidarity Support to Adopt the ILO Article 33 Resolution” was held at the University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. The forum was jointly organised by the Building and Wood Workers’ International (BWI), SUHAKAM, ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR), and the University of Malaya Student Union (UMSU). The main objective was to strengthen regional and international solidarity support of action on the forced labour and human rights violation in Myanmar.

The event inaugurated with powerful opening remarks from special guest speakers, who shared their views on the Myanmar crisis and urged for urgent and coordinated action against the ongoing violations of trade union and human rights in the country.

Keynote speakers included Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Chairman of SUHAKAM, and Mr. Thomas Andrews, UN Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar. Shoya Yoshida, General Secretary of ITUC-AP, explained the significance of the ILO Supervisory Mechanism and its role in addressing Myanmar’s non-compliance under Article 33.

Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, President of UNI-MLC, Vice-President of UNI APRO & General Secretary of ASETUC delivered his speech in the forum and sincerely thanked the SUHAKAM,BWI and all participants for their efforts and he expressed deep sorrow for the people of Myanmar, especially trade union members. He explained the importance of global solidarity and active intervention from the ILO and international organisations to assist restore democracy, human rights, and freedom of association in Myanmar. The forum concluded with a strong message of unity and continued commitment to solidarity support for Myanmar’s workers and civil society in their fight for justice and freedom


Read more...

Monday, May 26, 2025

Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan satu inisiatif nasional bersejarah yang dikenali sebagai Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)



Read more...

Perundingan Perjanjian Bersama Yang Ke 4, DHL Global Forwarding (M) Sdn Bhd dan Kesatuan Pekerja Pekerja DHL Global Forwarding (M) Sdn Bhd

 

Majlis Perundingan Perjanjian Bersama Yang Ke 4 bagi tempoh 2024 - 2027 antara DHL Global Forwarding (M) Sdn Bhd dan Kesatuan Pekerja Pekerja DHL Global Forwarding (M) Sdn Bhd telah dimuktamadkan pada 26hb Mei 2025.

Majlis perundingan ini berjalan dengan penuh keharmonian di Ibu Pejabat DHL Forwarding (M) Sdn Bhd. Kesatuan diwakili oleh Sdra Ramlan Bin Unggun, Presiden dan Sdra Ahmad Nasir Bin Nayan, Setiausaha.

Turut hadir di majlis perundingan ini Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal manakala pihak pengurusan DHL diwakili oleh Puan Sabrina Hasan Aziz, Head of Human Resources DHL Global Forwarding (M) Sdn Bhd dan beberapa pegawainya.


Read more...

Saturday, May 24, 2025

Tahniah kepada penerima – Progaram Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 bagi Zon Tengah

 


UNI MLC mengucapkan Tahniah kepada semua Kesatuan-Kesatuan Gabungan UNI MLC yang telah menerima Bantuan PHEKS 2025 Zon Tengah pada 23.5.2025 daripada YB Menteri KESUMA.

Terima kasih kepada YB Tuan Steven Sim Menteri KESUMA kerana sudi turun ke padang untuk ramah mesra serta menyampaikan Bantuan PHEKS 2025.

UNI MLC juga merakamkan ucapan Terima Kasih dan Penghargaan kepada YBrs Tuan Haji Mohd Asri Abdul Wahab Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dan pegawai-pegawainya serta kepada Tuan Haji Azzal Bin Abu Talib Pengarah JHEKS Selangor & WP dan pegawai-pegawainya.

Tahniah & Terima Kasih.

Read more...

Berita Perdana TV 1 - Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 bagi Zon Tengah telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia (KESUMA)

 


Read more...

Friday, May 23, 2025

34th UNI APRO Executive Committee Meeting

 



Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UNI Asia Pacific Regional Organisation UNI-APRO kali ke 34, telah berlangsung selama 2 hari di Park Royal on Beach Road, Singapore. Mesyurat pada kali ini telah dihadiri oleh kesemua Jawatankuasa Eksekutif UNI-APRO.

Delegasi Malaysia terdiri dari 3 orang pimpinan UNI-MLC telah menghadiri mesyuarat yang diadakan pada 21 & 22 May 2025 di Singapore.

Sdr Khairuzzaman selaku Presiden UNI MEI APRO, Sdri Fathlun, Pengerusi jawatankuasa wanita UNI-MLC dan Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC / Naib Presiden UNI-APRO.



Read more...

Monday, May 19, 2025

Sesi Perundingan Perjanjian Bersama (CA) diantara RHB Bank Berhad dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad Bagi Tempoh 2024-2026

 



Sesi Perundingan Perjanjian Bersama (CA) diantara RHB Bank Berhad dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad Bagi Tempoh 2024-2026 telah diadakan pada 19.5.2025 bertempat di Ibu Pejabat RHB Kuala Lumpur.

Mewakili pihak RHB Bank Berhad, Encik Chandran Selvarajah, Head of Industrial Relations & HR Governance dan Encik Lokman Hakim Head, Total Rewards & HRSS, manakala Kesatuan Eksekutif RHB Bank Berhad (KEEPER) diwakili oleh Sdr Ahmad Fauzi Presiden Sdr Muhammad Faizal Setiausaha dan Sdr Kalma Mohammad Bendahari serta Exco Kesatuan.

Presiden UNI-MLC Datuk Mohamed Shafie BP Mammal turut menyertai majlis perundingan ini.
 


Read more...

Saturday, May 17, 2025

Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Sarawak telah diadakan pada 15.5.2025 di Kuching, Sarawak


 


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan (JHEKS) telah mengelolakan majlis penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 Peringkat Zon Sarawak.

Ini merupakan kesinambungan kepada komitmen Kementerian Sumber Manusia KESUMA bagi memperkasakan Kesatuan Sekerja di Malaysia. Hadir pada majlis ini, YBhg Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.

Sebanyak 6 buah kesatuan gabungan UNI-MLC turut menerima peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia KESUMA melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan (JHEKS). Geran ini sangat bermakna kepada kesatuan dan bertujuan membantu Kesatuan Sekerja melaksanakan program dan memperkasakan Kesatuan.

Majlis Penyerahan PHEKS 2025 Peringkat Sarawak telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia di Imperial Hotel Kuching

Hadir sama, Puan Anita Bt Ahmad Timbalan Ketua Pengarah JHEKS Malaysia.



Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP