Sunday, October 18, 2026

Tahniah & Syabas kepada Sabah Commercial Employees' Union (SCEU)

 




Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan ucapan tahniah kepada Sdri Noor Ainie, Presiden Sabah Commercial Employees’ Union (SCEU), atas penganugerahan Anugerah Kesatuan Cemerlang Negeri Sabah.

Majlis anjuran KESUMA melalui JHEKS ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Sheraton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan kepimpinan serta komitmen berterusan dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan kesejahteraan pekerja.


UNI-MLC is proud of you!


UNION POWER!

Read more...

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja Negeri Sabah Tahun 2026

 


Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sis Jackelina bt. Lajium atas penganugerahan Tokoh Kepimpinan Kesatuan Sektor Swasta sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau dalam gerakan kesatuan sekerja.

Majlis anjuran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia, di Sheraton Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Kejayaan ini menjadi kebanggaan seluruh warga UNI-MLC dan mengukuhkan komitmen kita dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.


UNI-MLC is proud of you!

UNION POWER!!!

Read more...

Laporan Perjumpaan Rasmi antara Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG dengan Presiden UNI-MLC

 


Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Pejabat UNI-MLC, Bangsar
Bersama: Datuk Mohamed Shafie, Presiden UNI-MLC

Wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja AEON BiG:

1. Muhamad Fikri
2. Nazhifuddin
3. Azmil Akmar
4. Mohamed Fakrudin

Perjumpaan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan perkongsian ilmu berkaitan Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) serta kaedah rundingan yang lebih berkesan dengan pihak majikan, serta selepas Domestic Inquiry khususnya bagi AJK kesatuan.

Pihak kesatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mohamed Shafie atas kesudian menerima kunjungan serta memberikan nasihat dan penerangan yang amat bermanfaat kepada wakil kesatuan.

Read more...

Thursday, October 15, 2026

INTERVIEW SESSION WITH UiTM STUDENTS ON TRADE UNION EFFECTIVENESS & COST OF LIVING ISSUES

 



Date: 15 October 2026
Venue: Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur

An interview session was held between students pursuing a Bachelor of Human Resource Management (Honours) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) and representatives of PEBARA Union, Bank Rakyat.

The session focused on trade union effectiveness and cost of living challenges, providing valuable insights into the role of trade unions in safeguarding workers’ rights, welfare and interests.


Participants:

UiTM Student Representatives
PEBARA Union Executive Committee, Bank Rakyat
Bro. Mior Awaludin – President, PEBARA
Sis. Yasmin – Vice President, PEBARA
Bro. Mohd Amirrul Ahmad – Secretary, PEBARA
Bro. Shaffie Osman – Deputy Secretary, UNI-MLC

The engagement reflects a shared commitment to strengthening awareness, knowledge exchange and collaboration between academia and the trade union movement.

Read more...

KESATUAN EKSEKUTIF PROTON EDAR CIPTA SEJARAH, SERAH PERJANJIAN BERSAMA (CA) PERTAMA KEPADA MAJIKAN




Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan Kesatuan Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd. atas kejayaan menyediakan Perjanjian Bersama (CA) pertama. 

Perjanjian berkenaan telah diserahkan secara rasmi kepada pihak majikan pada jam 11.00 pagi tadi oleh Sdr. Shukor bin Othman, Presiden Kesatuan, bersama Sdr. Zairul Asmi bin Zainuddin, Naib Presiden.

Kejayaan ini merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan perusahaan serta memperjuangkan kebajikan dan kepentingan ahli kesatuan

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP