Saturday, April 2, 2011

Konvensyen Khas 2011 - Dari Era Penswastaan Ke Era GLC

News Flash



Assalaamua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Saudara/Saudari,

Merujuk perkara diatas adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia telah bersetuju untuk hadir serta merasmikan "Konvensyen Khas 2011" atas tema: Dari Era Penswastaan Ke Era GLC.

Tarikh Konvensyen ini akan diputuskan oleh Jabatan Perdana Menteri dalam masa terdekat, akan tetapi besar kemungkinan tarikhnya pada akhir bulan April 2011 dan pihak Sekretariat juga memerlukan sedikit masa bagi tujuan persiapan logistik dan lain-lain.

Oleh yang demikian saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa majlis ini akan dikelolakan bersama antara UNI-Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) dan Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC.

Seperti yang dipersetujui didalam mesyuarat yang lalu bahawa majlis ini akan ditanggung perbelanjaannya oleh Kesatuan masing-masing yang mana kadarnya telah ditetapkan RM 100 bagi setiap peserta.

Bagi tujuan ini semua kesatuan yang ingin menyertai Konvensyen ini sila kemukakan nama-nama peserta dengan menggunakan borang seperti dilampirkan dan cek bayaran hendaklah dibuat seperti berikut:

Cek atas nama : UNI-MLC
Bank : Maybank No. Akaun : 5142 5350 3641
Setelah di bank-in sila hantar/fax salinan slip bank-in tersebut ke Sekretariat UNI-MLC

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat UNI-MLC & GLC atau hubungi Pegawai Kanan seperti berikut:

1. Sdra. Mohamed Shafie BP Mammal : 013-393 0110
2. Sdra. Suffian Unoss : 012-271 4562
3. Sdra. Abu Hussin Nekmat : 012-695 4403
4. Sdra. Mohd Roszeli Majid : 012-387 4166

Sekian untuk makluman dan tindakan saudara/saudari dalam perkara ini amat-amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Salam Hormat



MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL
Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)
(Kongres Kesatuan Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC)

Alamat Sekretariat UNI-MLC & GLC:
Bangunan PSM, UNI Global Union-Malaysia
No. 17B, Tingkat 1, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur.

No. Tel. : 03-2284 1232 / 2284 2232
No. Fax : 03-2282 0555
Email : unimlc@streamyx.com; bpshafie@tm.net.my

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP