Sunday, August 17, 2025
Saturday, August 16, 2025
Workshop on Banking & Finance Services Sarawak telah diadakan pada 15.08.2025 di Hotel Serapi, Kuching, Sarawak.
Seramai 25 orang pegawai mewakili tujuh buah kesatuan telah mengambil bahagian dalam Bengkel Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan (Workshop on Banking & Finance Services) anjuran UNI-MLC dengan kerjasama UNI-MLC Sarawak, yang telah berlangsung di Hotel Serapi, Kuching, Sarawak. Sebanyak 7 buah Kesatuan telah menyertai sessi bengkel pada kali ini, ia terdiri daripada :-
1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Sarawak (SERU).
2. Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Pertanian Malaysia Bhd Negeri Sarawak.
3. Kesatuan Sekerja Pegawai-Pegawai Bank Malayan Banking Berhad Sarawak.
4. Kesatuan Anggota Lembaga KWSP Sarawak.
5. Kesatuan Kakitangan PERKESO Sarawak (KKPS).
6. Kesatuan Pegawai-Pegawai Bank Sarawak (KPPBS).
7. Kesatuan Eksekutif Bank Pertanian Malaysia Bhd Negeri Sarawak.
Sessi ini juga telah dihadiri oleh Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, Sdr V. Mathialaghan,Bendahari dan Sdr Shaffie Osman, Penolong Setiausaha, turut hadir Sdr Mohd Abdul Manaf Isnawi, Pengerusi Perhubungan UNI-MLC Sarawak.
Bengkel ini bertujuan untuk merapatkan jaringan (networking) antara UNI-MLC Sarawak dengan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan. Di samping itu, bengkel ini turut memberi impak yang signifikan dari segi peningkatan ilmu dan pemahaman para peserta terhadap isu-isu semasa, cabaran, serta perkembangan terkini dalam sektor berkenaan.
Melalui sesi perkongsian, perbincangan dan latihan, para peserta berpeluang memperkukuh keupayaan mereka dalam memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai wakil kesatuan dalam industri perbankan dan kewangan.
Disediakan oleh : Sdr Shaffie Osman, Penolong Setiausaha UNI-MLC
Read more...
Friday, August 15, 2025
Majlis menandatangani Perjanjian Bersama di antara MBSB Bank dan Kesatuan Eksekutif MBSB Bank bagi tempoh 2024 - 2026
Majlis menandatangani Perjanjian Bersama ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat Ybrs Tuan Chee Yeeh Ceeu, Special Functions Officer to The Minister of Human Resources Malaysia, Ybhg Dato' Wan Kamaruzaman Wan Ahmad Chairman Of MBSB Group, Ybrs Tuan Farid Basir Group Chief People Officer Of MBSB Group, Sdri Bazilah Bt Yacob Presiden Kesatuan Eksekutif MBSB dan Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC.
Ybrs Tuan Farid Basir dan Sdri Bazilah Bt Yacob menandatangani Perjanjian Bersama tersebut dan disaksikan oleh Ybrs Tuan Chee Yeeh Ceeu, Ybhg Dato' Wan Kamaruzaman dan Datuk Mohamed Shafie. Seramai 70 orang tetamu turut hadir bagi menyaksikan Majlis menandatangani Perjanjian Bersama ini
Selaku Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal telah menzahirkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Pengurusan MBSB dan Kesatuan Eksekutif MBSB di atas kejayaan menandatangani Perjanjian ini.
Read more...