Monday, April 9, 2012

Berita Terkini - Majlis Pertemuan Bersama Perdana Menteri Malaysia - 09.04.2012

 
 
 
 

Assalaa mua'laikum wa-Rahmatul-laahi wa-Barakaatuh dan Salam Sejahtera

Saudara/Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah bersetuju bertemu dengan 10 orang pemimpin dari Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat GLC & Penswastaan dan Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) di Bangunan Parlimen dari jam 11:30 Pagi - 12:15 Tgh.

Isu-isu yang telah dibangkitkan adalah seperti berikut:-

1. Umur Persaraan 60 Tahun
2. Kadar Pencen Yang Rendah
3. Masalah Dalaman Syarikat GLC & Penswastaan
4. Urus Tadbir Dalaman Syarikat GLC & Penswastaan
5. Kemusykilan NUBE dan Maybank
6. MAS dan Air Asia
7. MMC dan KTM

YAB Perdana Menteri, Malaysia juga telah bersetuju untuk menghadiri Konvensyen Khas di Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan.

Seramai 10 orang pemimpin telah bertemu dengan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia.


1. Sdra. Mohamed Shafie BP Mammal
2. Sdra. Abu Hussin Bin Nekmat
3. Sdra. Suffian Bin Unoss
4. Sdra. Mohd Roszeli Bin Majid
5. Sdra. Haji Mohd Ibrahim Bin Haji Hamid
6. Sdra. Khairuzzaman Bin Mohammad
7. Sdra. Abdul Razak Bin Md. Hassan
8. Sdra. Mohd Effendy Bin Abdul Ghani
9. Sdra. Alias Bin Aziz
10. Sdra. J.Solomon

Sekian untuk makluman dan perhatian saudara/saudari dalam perkara ini diucapkan terima kasih.

Salam Hormat

MOHAMED SHAFIE BP MAMMAL Presiden
Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja
Dalam Syarikat GLC & Penswastaan
dan
Majlis Perhubungan Rangkaian
Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC)

Bangunan PSM, UNI Global Union-Malaysia
No. 17B, 1st Floor,
Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tel : +603- 2284 1232 / +603- 2284 2232
Fax : +603- 2282 0555
H/P : +6013- 393 0110
Email : unimlc@streamyx.com / bpshafie@tm.net.my / shafie@asetuc.org
Web : www.uni-mlc.blogspot.com

Read more...

Sunday, April 8, 2012

Keratan Akhbar - Utusan Malaysia 08.04.2012

Read more...

Karnival Bolasepak Enam Penjuru GLC

Karnival Bolasepak Enam Penjuru GLC anjuran 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) Pada 08.04.2012 di RRI Sg. Buloh, Selangor.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Read more...

Saturday, April 7, 2012


Suasana Perwakilan Yang Menyertai 
Konvensyen Khas 2012
"Dari Era Penswastaan Ke Arah Transformasi Negara Dalam Sudut Ekonomi"
Di Rasmikan Oleh
YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir
Menteri Besar Perak
Pada 24.03.2012 di Ipoh, Perak


 

 
 

 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

 








Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP